Pages

mymusic

Thursday 23 January 2014

SOTO AYAM

                                       


 

Bahan : 
Nasi Impit secukupnya
1 ekor ayam - dipotong 4 ( 3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2 ) 
 rebus ayam tu sekali ngan kuah soto
3 sudu besar rempah sup @ rempah soto
1 ketul sup bunjut adabi
1 sudu besar lada sulah - di tumbuk lumat
1 ketul kiub pati ayam
6 cawan air atau secukupnya

Bahan Tumis:
Rempah tumis
( 1 kayu manis + 1 bnga lawang + 2 buah pelaga + 2 biji cengkih )
2 biji bwng merah - di hiris
2 ulas bwng putih - di hiris
2 btg serai - dititik
2 cm lengkuas - dititik

Bahan Kisar :
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *

Bhn utk tabur dan dimakan ngan nasi impit :
1 mangkuk kecil tauge
1/2 cwn kcng tanah- di goreng - x letak
1 paket kecil su'un- di goreng
sambal kicap secukupnya
2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng

Garam dan sedikit gula




Cara memasak :
Kisar halus bahan yang bertanda *
Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwg merah dan bwg putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi ... gaul rata.
Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.


Cara Penyediaan :
Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...


No comments:

Post a Comment