Pages

mymusic

Thursday 23 January 2014

SATE MINANG




               serius..saya lebih suka sate ni daripada sate bakar yang biasa                         kita makan tu..sebab sate ni memang faveret sangat ..kalau tak                       caya cubalah try sekali..


Bahan :
250 gm daging lembu yg lembut tu, rebus, potong dadu
250 gm jantung lembu, rebus, potong dadu
250 gm lidah lembu, rebus smpi masak, bersihkan, potong dadu
3 batang serai, hiris nipis
1 helai daun kunyit, potong menjadi 3 bahagian
4 helai daun limau nipis
75 gm tepung beras, larutkan dengan sedikit air
1½ sudu tepung kanji, larutkan dengan sedikit air
500 ml air

*kalau nak guna daging sahaja pon dah cukup

Rempah untuk dikisar :
10 biji bawang merah
6 biji bawang putih
6 buah cili merah besar
2 buah cili api
1 sudu ketumbar,
1 sudu jintan halus and kasar
5 cm kunyit
4 cm halia
2 cm lengkuas
garam secukupnya
serbuk lada putih secukupnya

Pelengkap :
Ketupat, potong-potong
Bawang goreng

Cara membuat :

1. Didihkan air, lalu masukkan daging, jantung dan lidah. Kemudian masukkan rempah yang dihaluskan, daun kunyit, serai dan daun limau. Masak hingga remaph tercampur rata dan semua bahan masak. Angkat daging, jantung dan lidah, toskan. cucuk masing-masing 5 potongan daging per satu cucuk sate dan kemudian panggang sebentar diatas bara api.
2. Kuah rebusan daging tadi dipanaskan kembali dan kentalkan dengan menambah tepung beras dan tepung kanji yang sudah dilarutkan dengan sedikit air.
3. Sajikan sate dengan ketupat, lalu siram kuah kental diatasnya dan taburi dengan bawang goreng. Hidangkan selagi panas.
ermmmmm lovelyyynyaaa.....

No comments:

Post a Comment