Pages

mymusic

Thursday 23 January 2014

SUP TOMYAM

                                     


 Bahan-Bahan :

1. Ayam - potong dadu
2. Udang - beberapa ekor
3. Perencah tomyam adabi - stgh packet
4. Kiub tomyam knorr - separuh
(tamak tol, dua2 perencah pon pakai ehehe)
5. Bawang putih 3 ulas - diketuk kuat2
6. Bawang besar holland (kuning) setengah labu - dipotong wedges
7. buah tomato - 1 bijik
8. Carrot - dipotong bulat or manjang
9. Cauliflower / bunga kobis - potong2 gak
10. Baby corn - belah 2 
11. 1 batang celeri - potong2
12. Serai - 1 batang - sila ketuk 
13. Daun limau purut - 7 / 8 helai
14. Cuka makan / limau nipis  / limau kasturi (agen pemasam)
15. Garam
16. Gula 
17. Minyak masak - 1 sudu jek 
18. Kalau suka pedas sila tambah cili padi ye 


Cara-cara : 
1. Amik satu periuk dan masukkan dlm 1 sudu minyak masak (mmg sikit sgt ye just nk tumis bwg putih 3 ulas tu jek)
2. Tumis bawang putih yg dah diketuk sampai kekuningan n ada bau wangi
3. Masukkan air (sebyk mana korg nak kuah tu)
4. Masukkan perencah tomyam adabi setengah packet
5. Masukkan jugak serai  
6. Tunggu sampai mendidih
7. Dah mendidih kalu, masukkan plak setengah kiub tomyam knorrr
(haaa, jemah guna dua perencah jgn xtau, rasa lebih enak ditekak jemah kalo buat gini)
8. Kacau2 godek2 kasi mendidih lagi
9. Masukkan plak ayam
10. Dah agak nmpk kaler ayam tu dah bertukar, masukkan plak gula & garam
11. Masukkan cuka / perahan limau kasturi / limau nipis (can suka guna cuka)
12. Masukkan plak semua daun limau purut
13. Kemudian, hirisan bawang holland tadi
14. Kasi sebati sekejap sambil kacau2 sket
15. Masukkan udang
16. Then masukkan segala sayuran tadi kecuali tomato
17. Masak kejap jek sayur tu then masukkan tomato, terus tutup api. Takyah lama2 nnt buah tomato hancur

BERGEDIL KENTANG SIMPLE

                                      
                                                                      

                                                                    
    Bahan 
 6 biji kentang saiz sederhana (di potong dadu sederhana besar)
 4 sudu besar bawang goreng
 1 batang cili merah ( dihiris halus / cincang buang biji)
 Ikan bilis goreng ( ikut suka korang nak lebih atau sikit )
 1/2 sudu kecil lada hitam dan lada sulah
 1 batang Daun Dop ( dihiris halus, kalau tak ade boleh ganti dengan daun bawang )
                  
 1 biji telur
 minyak
 garam secukup rasa

   

   Cara membuatnya:
1. Goreng kentang dahulu, kemudian asingkan.

2. Campurkan semua bahan-bahan dalam satu mangkuk(lada hitam, ikan bilis dan bawang          goreng, cili merah dan
Lenyek atau tumbuk kentang kemudian gaul sebati dengan bahan di atas bersama daun sup.

3. Kepalkan kentang tadi mengikut saiz yang anda suka.
4. Pecahkan telur dan pukul.
5. Celup kentang yang telah dikepal ke dalam telur satu persatu sebelum digoreng.
Goreng sehingga keperangan. Sedap dimakan bersama nasi dan soto..
terbaik...tau,rrr sebelum tu korang buat la sambal kicap...maklum r obie ni orang johor..mesti nak sambal kicap..
makan begedil nak sambal kicap jugak...!

SOTO AYAM

                                       


 

Bahan : 
Nasi Impit secukupnya
1 ekor ayam - dipotong 4 ( 3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2 ) 
 rebus ayam tu sekali ngan kuah soto
3 sudu besar rempah sup @ rempah soto
1 ketul sup bunjut adabi
1 sudu besar lada sulah - di tumbuk lumat
1 ketul kiub pati ayam
6 cawan air atau secukupnya

Bahan Tumis:
Rempah tumis
( 1 kayu manis + 1 bnga lawang + 2 buah pelaga + 2 biji cengkih )
2 biji bwng merah - di hiris
2 ulas bwng putih - di hiris
2 btg serai - dititik
2 cm lengkuas - dititik

Bahan Kisar :
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *

Bhn utk tabur dan dimakan ngan nasi impit :
1 mangkuk kecil tauge
1/2 cwn kcng tanah- di goreng - x letak
1 paket kecil su'un- di goreng
sambal kicap secukupnya
2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng

Garam dan sedikit gula




Cara memasak :
Kisar halus bahan yang bertanda *
Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwg merah dan bwg putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi ... gaul rata.
Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.


Cara Penyediaan :
Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...


KUEY TEOW BASAH

                      





BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

BAHAN A ( dikisar )
1.Bawang putih (2)
2.Bawang besar (1)

BAHAN B
Ayam / Udang / Sotong 
*or apa apa yang korang suka. nak isi banyak mana ikut suka hati lah ye.
Kicap ( 2 sudu besar )
Sos tiram ( 1/2 sudu besar )
Sos Tomato ( 1/2 sudu besar )
Garam secukup rasa

BAHAN C
Kuey teow ( sebungkus )
sayur yang korang suka
Cili boh ( ikut kepedasan yang korang nak . 2sudu pun dah okay )


CARA MEMASAK :

1.Panaskan minyak dalam kuali dalam 3sudu macam tu.
2. Tumis BAHAN A dan cili boh sampai naik bau, jangan hangit ye !
3.Masukkan ayam or apa apa pilihan korang dan BAHAN B,kacau and tunggu sampai ayam dah masak lepas tu isi sayur.
4.Masukkan kuoey teow dan kacau hingga sebati.Tambahkan air sesuka hati untuk kuah yang korang nak okay :D
5.Tutup kuali tu supaya kuah and rasa tu boleh menyerap dalam kuey teow tu. Then bila kuah dah mendidih tutup api dan hidang !

SATE MINANG




               serius..saya lebih suka sate ni daripada sate bakar yang biasa                         kita makan tu..sebab sate ni memang faveret sangat ..kalau tak                       caya cubalah try sekali..


Bahan :
250 gm daging lembu yg lembut tu, rebus, potong dadu
250 gm jantung lembu, rebus, potong dadu
250 gm lidah lembu, rebus smpi masak, bersihkan, potong dadu
3 batang serai, hiris nipis
1 helai daun kunyit, potong menjadi 3 bahagian
4 helai daun limau nipis
75 gm tepung beras, larutkan dengan sedikit air
1½ sudu tepung kanji, larutkan dengan sedikit air
500 ml air

*kalau nak guna daging sahaja pon dah cukup

Rempah untuk dikisar :
10 biji bawang merah
6 biji bawang putih
6 buah cili merah besar
2 buah cili api
1 sudu ketumbar,
1 sudu jintan halus and kasar
5 cm kunyit
4 cm halia
2 cm lengkuas
garam secukupnya
serbuk lada putih secukupnya

Pelengkap :
Ketupat, potong-potong
Bawang goreng

Cara membuat :

1. Didihkan air, lalu masukkan daging, jantung dan lidah. Kemudian masukkan rempah yang dihaluskan, daun kunyit, serai dan daun limau. Masak hingga remaph tercampur rata dan semua bahan masak. Angkat daging, jantung dan lidah, toskan. cucuk masing-masing 5 potongan daging per satu cucuk sate dan kemudian panggang sebentar diatas bara api.
2. Kuah rebusan daging tadi dipanaskan kembali dan kentalkan dengan menambah tepung beras dan tepung kanji yang sudah dilarutkan dengan sedikit air.
3. Sajikan sate dengan ketupat, lalu siram kuah kental diatasnya dan taburi dengan bawang goreng. Hidangkan selagi panas.
ermmmmm lovelyyynyaaa.....

Tuesday 6 August 2013



Lupa pulak nak perkenalkan diri...saya owner blog ni,nama saya aleeyn.saya asal johor tetapi menetap di selangor.untuk pengetahuan semua blog ni masih baru lagi.sorrylah kalau nampak serabut or x cantik..korang komen je apapun admin x kisah.hari ni dah 6 ogos tahun 2013...lagi sehari je lagi nak puasa.lusa da raya da pon...pejam celik pejam celik dah sampai.cepat betul masa berlalu kan.

Raya tahun ni rasa macam x best je sebab yela orang yang study macam saya ni selau sibuk...buat itulah inilah..dah lah x dpt asrama terpaksalah admin berulang alik dari rumah ke kolej. nak kata jauh tu jauh la jugak ,dalam sejam lebih baru sampai. admin study kat IPB @ nama panjang kolej ni institut profesional baitulmal..glamour x??? haha mesti ada yang x tahu..org KL jela kot yg tahu sebab kolej ni kat KL.HEHE


kalau korang rasa nak sambung belajar ...dekat IPB tu boleh aje..nak study PJJ pon bole.maksudnya korang bekerja sambil belajarlah.Sejak jadi outsider ni macam2 benda nak kena pikir...nak tulis pon wat sakit hati dan membebankan kepala aje.oklah admin punya assignment pon x ciap2 lagi.hehe boleh pulak online ek...